Tak Sampai Tempat Kerja

Hari ni aku tak gi kerja.

Aku keluar rumah seperti biasa pukul 7:50 pagi. Perjalanan aku ke tempat kerja akan melalui Kepong, Selayang, Batu Caves, Sri Gombak, Taman Melati, Wangsa Melawati, Wangsa Maju dan Setiawangsa.

Tapi bila baru aje lepas Kepong, dari jauh aku nampak deretan kereta yang tak bergerak tak jauh di hadapan aku. Aku dah tak boleh mengelak dari menempuh kesesakan kereta. Terpaksalah join sekali.

Kemudian aku call Hafiz. Dia ni datang kerja dari Rawang, jadi akan melalui Selayang & Batu Caves jugak. Dia kata hari ni dia tak lalu Selayang & Batu Caves sebab jalan tutup sempena Thaipusam. AAAAAAAAAAAARRRRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku dah tak boleh ke mana-mana lagi. Dalam pukul 9 aku call Anija, sekretari boss aku, & beritau aku cuti hari. Kalau aku teruskan perjalanan ke ofis, silap-silap pukul 11 pun tak sampai lagi. Lagipun aku dah bengang giler sebab tak pasal-pasal aku sangkut dalam kegilaan traffic jam.

No comments: