Nasi

Orang Melayu kalau sehari tak dapat makan nasi umpama macam orang India sehari tak makan kari. Begitulah pentingnya nasi kepada orang Melayu, dah beratus tahun jadi makanan ruji.

Tapi sebab makan nasi la orang Melayu bersaiz kecil berbanding dengan orang Eropah. Nasi yang kita makan adalah punca utama tenaga badan dan lebihan tenaga akan disimpan sebagai lemak didalam badan. Orang Eropah lebih banyak makan daging dari makanan berasaskan kabohidrat, protein dari daging akan membentuk otot2 didalam badan. Jadi, jumlah otot orang Melayu kurang dari orang Eropah, bermakna orang Melayu lebih kecil dari orang Eropah.

Mengikut kajian, jumlah minima keperluan kalori harian bagi setiap orang adalah berat badan dalam kg didarab dengan 24 (jumlah jam sehari). Bagi seseorang yang mempunyai berat badan 75kg, keperluan minima kalori sehari adalah 75 x 24 = 1,800 kalori. Ini adalah jumlah kalori untuk meneruskan kehidupan. Bagi mereka yang melibatkan diri didalam aktiviti2 yang lebih lasak atau berat, perlulah tambah lagi 500 kalori atau mengikut keperluan masing2.

Berbalik kepada nasi, secawan nasi yang sudah dimasak mempunyai lebih kurang 200 kalori. Selalunya kita makan sekurang-kurangnya 2 cawan nasi, maknanya sekali makan nasi kosong je dah 400 kalori. Kalau makan nasi pagi, tengah hari dan malam, jumlah kalori untuk nasi sahaja dah 1,200. Belum lagi diambil kira mi, koay teow, air manis, lauk berlemak, ikan, daging, ayam, kuih, 'junk food' dan sebagainya yang kita makan secara sampingan. Kalau kita tidak ambil endah jumlah pengambilan kalori, memang tiap2 hari kita ambil kalori berlebihan.

Kalori berlebihan akan disimpan sebagai lemak di bahagian perut bagi lelaki dan perut & punggung bagi orang perempuan. Kalau bahagian2 ini dah penuh, lemak akan pergi ke bahagian badan yang lain.

Untuk menghindari keadaan ini, seelok-eloknya jumlah pengambilan kabohidrat adalah 50% - 55% dari jumlah pengambilan kalori sehari.

No comments: