Murtabak Mengkasar

Dah dekat sebulan aku tak tulis apa2 kat blog aku. Mungkin sebab netbook kat rumah aku tu, anak2 yang sibuk pakai. Aku pakai kejap je ada je anak aku mintak nak guna.

Minggu lepas aku dapat tau Murtabak Mengkasar dah buka cawangan di ibukota. Jadi, akupun cari la kat Internet kedudukan sebenar restoren tu. Rupanya tak jauh dari ofis aku.

Murtabak Mengkasar ni bermula di Kg Mengkasar, Pekan lebih kurang 30 tahun yang lalu. Kg Mengkasar ni tempat asal usul aku, mak aku, datuk nenek aku, moyang aku, moyang kepada moyang aku, moyang kepada moyang kepada moyang aku. Kg Mengkasar ni diasaskan pada awal abad ke 18 oleh Tok Tuan Keraing Aji, anak kepada Sultan Hasanudin, Raja Gowa di Sulawesi. Aku ni tak tau la keturunan nombor berapa dari Tok Tuan.

Berbalik kepada Murtabak Mengkasar, murtabak ni memang terkenal di Pekan. Ramai yang datang dari jauh untuk menikmati juadah ni. Sekarang ni bila dah ada kat KL, tak payah la aku menapak jauh jauh sampai ke Pekan untuk makan murtabak ni.



Kalau sesapa nak rasa Murtabak Mengkasar, ni dia alamatnya:

MURTABAK MENGKASAR
12-A, JALAN RAMPAI NIAGA 4,
MEDAN NIAGA RAMPAI,
53300 KUALA LUMPUR.

1. Dari MRR2 exit wangsa melawati
2. Terus pandu lebih kurang 2 km, jumpa masjid sebelah kiri
3. Ke depan lagi, jumpa Alpha Angle sebelah kanan
4. Jumpa stesen minyak Shell di sebelah kanan
5. Jumpa sekolah Wangsa Maju di sebelah kanan
6. Selepas sekolah tu, belok ke simpang kiri, ada Old Town White Coffee.
7. Murtabak Mengkasar berada di barisan kedai belakang Old Town White Coffee

1 comment:

madehah said...

hello... koi pun dari kg mengkasar gak... thanks for the updates...nanti nak pegi la..